fb fb fb fb fb

TH peruntukkan RM2 juta bangunkan projek e-Learning Haji

(Foto Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 14 Mac - RM2 juta telah diperuntukkan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membangunkan projek e-Learning Haji.

Platform itu yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP), bertujuan membantu bakal jemaah mempelajari dan menambah ilmu ibadat haji secara dalam talian dengan lebih efektif dan mudah.

Menurut Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada pelan strategik TH iaitu Hijrah24.

Objektifnya memperkasakan bimbingan haji dan memenuhi pelanggan selari dengan Rangka Tindakan Pengurusan Haji (2021-2025).

(Dato Sri Syed Saleh dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) e-Learning Haji diantara TH dan UTP)

"Insya-Allah kita ada 3 fasa. Fasa pertama menyediakan e-Learning ini dalam platform berasaskan web. Insya-Allah musim haji tidak lama lagi, pada hujung bulan Mei kita bersedia. Jemaah haji boleh aks fasa 1 daripada projek tersebut", kata Syed Saleh dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) e-Learning Haji antara TH denfan UTP, di sini.

Tambah beliau, platform itu akan memanfaatkan guru-guru agama yang berperanan sebagai Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA), petugas-petugas, serta seluruh jemaah haji secara amnya.

Turut hadir bagi menyaksikan MoU itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin.

 

Media Baharu