fb fb fb fb fb

PM tampil ceria, yakinkan umum beliau kembali sihat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pelajar Advance Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) ketika hadir pada Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Cyberjaya/BERNAMA

CYBERJAYA, 6 November – Suasana selepas Majlis Peluncuran Malaysia Semikonduktor IC Design Park 2 di sini hari ini bertukar ceria apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian dengan aksi spontan melompat kecil ketika ditanya mengenai status kesihatannya oleh para pemberita yang menunggu beliau selepas majlis berkenaan.

Sambil tersenyum, beliau menjawab ringkas, “Kesihatan saya? Alhamdulillah.”

Tindakan bersahaja itu mencetuskan gelak tawa dalam kalangan hadirin yang turut berada di lokasi majlis.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar dilaporkan mengalami sakit belakang hingga terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang atas nasihat pasukan perubatan.

Namun, penampilan bertenaga Perdana Menteri hari ini jelas menunjukkan beliau telah kembali pulih dan bersemangat seperti sedia kala.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN