fb fb fb fb fb

Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Hari Thaipusam

(FOTO FB ZAHID HAMIDI)

KUALA LUMPUR, 5 Februari - Sambutan Thaipusam yang diraikan oleh penganut agama Hindu hari ini diharap mampu menjadi cerminan masyarakat Malaysia Madani.

Ia selari dengan sikap keterbukaan dan saling hormat menghormati yang diamalkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Zahid Hamidi dalam hantaran di laman Facebooknya berkata sambutan secara sederhana serta meraikan kemeriahan ini dengan penuh harmoni harus dilakukan dalam memastikan sambutan kali ini lancar.

Beliau yang mewakili seluruh keluarga besar Kementerian Desa dan Wilayah (KDW) turut mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua khususnya penganut agama Hindu di negara ini.


(Penganut-penganut Hindu menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi
menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam hari ini/ Foto BERNAMA)

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada rakyat Malaysia beragama Hindu.

Dalam catatan di Twitter, beliau berharap supaya rakyat terus memelihara perpaduan, keharmonian dan menanamkan sifat saling menghormati, yang menjadi teras kemakmuran serta kesejahteraan negara tercinta.

Media Baharu