fb fb fb fb fb

PPA Machang sasar jualan batik hampir RM400,000

MACHANG, 5 Februari - Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang menyasarkan jualan hasil tekstil batik daripada penghuni penjara bagi tahun ini berjumlah hampir RM400,000.

Pengarahnya Mohd Nasir Yusof berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarkan strategi pemasaran dan kualiti corak batik yang diketengahkan iaitu batik 'Khonyok Mache' dan 'Sulam Kasih'.


(Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Mohd Nasir Yusof)

Beliau berkata, tahun lalu PPA Machang berjaya mengumpul RM126,000 jualan batik yang dihasilkan penghuni penjara.

Katanya, untuk itu, pihaknya meningkatkan lagi sasaran jualan batik sehingga tiga kali ganda pada tahun ini.

Ujarnya, ketika ini pihaknya memiliki seramai 40 penghuni penjara yang membuat batik dengan tempoh waktu bekerja selama 9 jam.

"Kita mensasarkan tahun ini sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda, sebab konsep kita sekarang ini kita melihat kepada pasaran dulu kita tidak pasar pasaran kita hanya orang datang tempat kita orang beli sahaja jadi, apabila saya berbicang dengan prof, kata kita perlukan sedikit sentuhan supaya masyarakat tahu bahawa kita ada buat benda ini," katanya selepas menghadiri Program Soft Launching Produk Batik 2023 di Dewan Dato' Sri Haji Zulkifli Omar, PPA Machang, hari ini.

Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Rektor Universiti Teknolgi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Prof Dr Abdol Samad Nawi.

Mengulas lanjut, Mohd Nasir berkata pihaknya juga turut berkolaborasi dengan UiTM Cawangan Machang untuk mendapatkan kepakaran dari segi rekaan corak dan sebagainya sejak tahun 2014.

Media Baharu