fb fb fb fb fb

Yok Donga Be (YDB) kini berwajah baharu

SEREMBAN, 1 April- Sempena sambutan ulang tahun ke-77 RTM, Rancangan Stesen Kembar Zon Selatan, Yok Donga Be (YDB) kini berwajah baharu.

Selaras dengan slogan, Teman Setia anda, stesen radio RTM zon Selatan menyuntik revolusi dalam segmen YDB dengan pengisian yang lebih dekat dengan pendengar.

Gabungan tiga stesen radio RTM Zon Selatan iaitu JOHORfm, MELAKAfm, dan NEGERIfm, yang berkonsepkan stesen berkembar iaitu yok donga be, kini berwajah baharu dan semestinya menjanjikan pengisian yang lebih ceria, interaktif dan segar untuk para pendengar

Mendapat respon positif daripada pendengar setelah hampir empat tahun bersiaran, YDB terus memantapkan program dengan pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan.

Antara fokus adalah dari segi teknikal ekoran siaran itu turut disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook.

Pengisiannya juga lebih kreatif dan interaktif, berkaitan berita tempatan, sektor pelancongan dan perkongsian budaya ketiga-tiga negeri berkenaan.

"Supaya kita mewujudkan satu keseragaman diantara tiga tiga stesen dan dengan penyampaian yang lebih segar jadi untuk negeri fm dia ada satu transformasi stesen negeri dimana kita akan menarik lebih ramai orang  untuk mengikuti  media social kita dan siaran radio kita," kata Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim.

"Di pihak JOHORfm Insyaallah kita akan turut menguatkan program ini jadi kita mengharapkan juga agar zon selatan menjadi lebih kukuh dari segi kerjasama antara stesen," ujar Pengarah Jabatan Penyiaran Johor, Ramlee Johari.

"Untuk di negeri Melaka kami lebih menonjolkan banyak program-program yang berkaitan dengan pantun dondang sayang yang terkenal di Melaka dan pelancongan amat sinonim dengan negeri Melaka jadi seperti kata orang kalau melawat Melaka seperti  melawat Malaysia," jelas Pengarah Jabatan Penyiaran Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali.


(Dari kiri: Ramlee Johari (Pengarah Jabatan Penyiaran Johor), Kamal Roslim (Pengarah
Jabatan Penyiaran 
Negeri Sembilan) dan Mohd Yusni Mohamed Ali (Pengarah Jabatan Penyiaran Melaka)

Dalam pada itu, pembaharuan YDB turut menampilkan penyampai radio yang baharu iaitu Dj YK dan Dj Jaja dari NEGERIfm, Dj Lily Khalid dan Dj Cik Merah dari JOHORfm manakala MELAKAfm menampilkan Dj Chegu Murni dan Dj Elfie.

Laporan, Nur Zuhairah Mohamad Zamri

Media Baharu