(Foto BERNAMA)
JOHOR BAHRU, 1 April- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak menghalang mana-mana individu mahupun pihak tertentu untuk memasuki universiti di negara ini.
Bagaimanapun, kebenaran itu hendaklah diperoleh terlebih dahulu daripada pengurusan universiti terlibat dengan patuh peraturan dan syarat ditetapkan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perbincangan juga harus diadakan agar semua urusan membabitkan universiti terlibat dapat dijadualkan semula berjalan dengan lancar.
"Jika mahu memasuki universiti, perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan universiti bagi mengelakkan salah faham antara pihak terlibat.
"Kedua-dua pihak perlu berjumpa dan berbincang," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mengulas demikian berhubung dialong antara Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijadual diadakan malam semalam gagal selepas dihalang memasuki universiti berkenaan.
Bagaimanapun, Syed Saddiq telah dimaklumkan pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM yang akan memberikan tarikh baharu bagi sesi dialog tersebut.
(Foto BERNAMA)