fb fb fb fb fb

UMNO Johor sokong kepimpinan Onn Hafiz

(Foto BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 1 April- UMNO Johor menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor.

Ini sekaligus mengakui bahawa kerajaan sedia ada adalah kerajaan dibentuk oleh UMNO.  

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sekretariat bersama antara UMNO Johor dan kerajaan negeri juga dibentuk bagi pengukuhan parti dan kerajaan demi kemakmuran rakyat.    

"Pelbagai perkara yang boleh membawa kebaikan kesejahteraan dan kemajuan kepada rakyat dan sebagainya, kedua-dua pihak perlu mempunyai persefahaman dan pendekatan strategik untuk menjayakan hubungan kerana kita tidak boleh lari daripada hakikat kita adalah parti yang sama membentuk Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita di sini.

Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan memberi jaminan, penubuhan Kerajaan Perpaduan seperti yang berlaku di Melaka, tidak mungkin berlaku di negeri lain, termasuk Johor.

Susulan itu, Ahmad Zahid meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan termasuk di Johor.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu