fb fb fb fb fb

YNS peruntuk RM629,000 beri imbuhan siswazah cemerlang dan hapus kira pinjaman

SEREMBAN, 13 Julai- Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntuk sejumlah RM629,000 bagi memberi imbuhan kepada 98 siswazah cemerlang kelas pertama termasuk hapus kira pinjaman pendidikan YNS membabitkan sembilan siswazah.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, kesemua siswazah cemerlang itu menerima wang tunai RM5,000 melibatkan perbelanjaan RM490,000.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Siri 3 di Seremban.

Siswazah terlibat terdiri daripada 91 graduan dari institut pengajian tinggi awam, empat graduan dari Mesir, dua graduan dari United Kingdom dan seorang dari New Zealand.

Sembilan daripada pelajar berkenaan turut mendapat hapus kira pinjaman pendidikan bernilai RM139,000.

"Perasaan bersyukur setelah empat tahun saya berusaha dengan Yayasan Negeri Sembilan bantuan kerajaan dapat sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan hapus kira sebanyak RM20,000 itu pun dan banyak sangat meringankan beban selepas saya habis belajar bermakna saya tak tanggung beban hutang.

"Terima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan, jadi perancangan saya seterusnya adalah saya nak fokus pada bina kerjaya dan memberi manfaat teruslah kepada masyarakat dan di mana sekarang ini saya dah pun diterima bekerja di sektor kerja sosial, jadi di situ harapan saya untuk memberi lebih manfaat kepada golongan belia dan juga komuniti setempat,''kata Nur Alifah Ilyana Arifin, siswazah UTHM.

"Yayasan Negeri Sembilan ini melonjakkan saya lebih bekerjaya dan sekarang saya bekerja dalam satu industri perbankkan dan mungkin lepas ini generasi anak muda akan lebih mendapat lebihan daripada Negeri Sembilan dan peruntukkan yang sangat terbaik buat Yayasan Negeri Sembilan yang diberikan kepada golongan anak muda," kata Nurunnajihah Badrul Hisham, siswazah UTHM.


(Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek beramah mesra bersama siswazah cemerlang di Seremban)

Media Baharu