fb fb fb fb fb

4,230 kes Macau Scam direkodkan setakat tempoh enam bulan tahun ini - PDRM

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Sebanyak 4,230 kes penipuan telekomunikasi atau Macau Scam dengan nilai kerugian melebihi RM177.9 juta dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh enam bulan tahun ini.

Terkini, penyamaran sebagai ejen insurans menjadi modus operandi bagi memperdaya mangsa.

Jelas Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos, suspek akan mendakwa mangsa mempunyai tuntutan palsu sebelum meminta mangsa menghubungi nombor lain yang juga menyamar sebagai pegawai polis.

"Mereka menyamar sebagai ejen insurans. Mereka menyatakan kepada mangsa bahawa mereka ada tuntutan palsu kemudian mereka diminta menghubungi pegawai polis dan apabila menghubungi pegawai polis didapati ada lagi siasatan lain. Itu salah satu taktik memperdaya mangsa," kata Victor kepada pemberita RTM selepas menjadi tetamu Rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.


(Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos)

SAC Victor turut menyeru agar mangsa yang terjebak melaporkan secepat mungkin ke Pusat Tindakan Penipuan (CCID) di nombor 03-26101559 dan 03-26101599 bagi menyekat pemindahan wang mangsa ke akaun pihak ketiga dan seterusnya.

Media Baharu