fb fb fb fb fb

Dua ribut bertembung adalah maklumat palsu- MET Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan penularan maklumat cuaca berkaitan dua ribut bertembung di tengah melalui pelbagai platform media sosial serta WhatsApp adalah maklumat palsu.

MET Malaysia dalam kenyataannya berkata sistem tekanan rendah yang terbentuk di pantai timur India dijangka bergerak perlahan ke barat memasuki daratan India.

“Sistem ini akan menyebabkan tiupan angin yang kencang dan lembapan bertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada negara kita,” menurut kenyataan itu.

(Dua ribut bertembung adalah maklumat palsu/ FB MET Malaysia)

MET Malaysia juga menegaskan penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan cuaca melalui laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta hotline di talian 1-300-22-1638.

Media Baharu