fb fb fb fb fb

YDP Agong zahir ucapan tahniah kepada Datuk Mohammad Tayyab Ikram

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 6 November - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Hoki Asia Datuk Mohammad Tayyab Ikram.

Ini susulan pemilihan beliau sebagai Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang baharu pada kongres persekutuan ke-48 semalam.

(FOTO FB ISTANA NEGARA)

Istana Negara menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, sebagai Penaung Diraja Persekutuan Hoki Asia Seri Paduka baginda berbangga dengan pencapaian Datuk Mohammad Tayyab.

Menurut Seri Paduka Baginda, ia merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau kepada pembangunan hoki di Asia.

Baginda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam membawa FIH ke peringkat lebih tinggi.

Datuk Mohhamad Tayyab menewaskan Marc Coudron dari Belgium dengan jumlah undian 79-47 dalam kongres yang diadakan secara maya itu.

Media Baharu