fb fb fb fb fb

Tindakan akan diambil terhadap pihak cuba lakukan kekacauan sepanjang PRU15

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 6 November- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak pasukan Op Cantas Khas untuk menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pasukan itu turut bertindak mengawal tingkah laku dan gerak kerja pihak terbabit dengan gangsterisme yang cuba mengambil kesempatan.

Selain itu, pegawai PDRM ditempatkan dalam Pasukan Pemantau Kesalahan Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memastikan setiap pihak berkempen mengikut garis panduan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PDRM, SPR dan agensi berkaitan juga akan melakukan pemantauan setiap masa dalam memastikan proses berkempen dan pengundian dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.

"Seramai 80,000 pegawai dan anggota seluruh negara diatur gerak untuk penugasan PRU15 bagi memastikan tahap keselamatan terjamin dan memberi keyakinan kepada orang ramai untuk keluar mengundi dengan selamat.

(Tindakan akan diambil terhadap pihak cuba lakukan kekacauan sepanjang PRU15)

"Parti-parti politik dinasihatkan agar berkempen secara beretika dan matang serta tidak menyentuh isu sensitif seperti agama dan perkauman," kata Acryl Sani.

Pihak yang terlibat secara langsung dalam proses pilihan raya seperti calon dan pengurus kempen harus memikul tanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan sentimen penyokong masing-masing agar tidak berlaku insiden seperti di Tenom, Sabah.

Kejadian berkenaan merupakan contoh situasi penyokong yang tidak dikawal boleh mengakibatkan kemudaratan yang seharusnya tidak berulang kerana ia merupakan ancaman kepada tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Media Baharu