fb fb fb fb fb

Lokasi litar lumba drag di Pahang diumum selepas PRU15 - PM

(FOTO HIASAN)

BERA, 6 November - Lokasi litar lumba drag untuk sukan pemotoran di Pahang akan diumumkan selepas Piliha Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan pembinaanya akan dibentang semula untuk kelulusan.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

"Litar ini sudah diumumkan dalam bajet...untuk satu negeri satu...untuk Pahang saya ambil di Beralah... di mana dan sebagainya saya akan umum selepas pilihan raya kerana kita kena bentang semula bajet untuk kelulusan.

"Lokasinya kita sedang meminta pejabat daerah untuk mencari kawasan mana yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ilmu "Ride Amal dan Ride to Jannah 4.0" di Masjid Felda Bukit Mendi, di sini.

Setakat ini, hanya Terengganu dan Melaka sudah mempunyai litar permotoran masing-masing.

Ogos lalu, kerajaan bercadang untuk membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran negara.

Media Baharu