fb fb fb fb fb

Pelajari seni silat untuk pertahankan diri, bentuk jati diri

SENAWANG, 7 November- Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mempelajari seni silat. Ia bukan sahaja untuk mempertahankan diri, malah memartabatkan kesenian itu.

Calon Barisan Nasional P131 Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata seni mempertahankan diri tersebut perlu diperluas bagi membentuk jati diri yang tinggi dalam kalangan generasi muda.

Lebih membanggakan, penglibatan anak muda perempuan dalam seni silat yang menyemarakkan lagi semangat perjuangan dahulu.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis Istiadat Pengurniaan Bengkong dan Sijil Watikah Pertubuhan Seni Silat Tanah Baru Chemande Negeri Sembilan di Dewan Pusat Komuniti Lavender Heights.

Majlis Istiadat ini melibatkan empat gelanggang meliputi Bahau, Taman Margosa, Senawang Jaya dan Seremban 2.


(Datuk Seri Mohamad Hasan)

Media Baharu