fb fb fb fb fb

YDP Agong terima menghadap PM Singapura Lee Hsien Loong

SINGAPURA, 26 Oktober - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
dan isteri di Hotel Shangri-La sempena Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke negara itu.

Sesi menghadap yang berlangsung selama setengah jam itu mencerminkan keakraban hubungan dua hala Malaysia dan Singapura.

Turut berangkat ke sesi menghadap itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir barisan menteri Singapura terdiri dari Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing, Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee dan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran.

Petang ini, Seri Paduka Baginda berdua dijadual berangkat ke Majlis Sambutan Negara di Istana Singapura.

Baginda berdua akan melakukan pertemuan dengan Presiden Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob disusuli dengan Majlis Santapan Negara.

Media Baharu