fb fb fb fb fb

Kerajaan komited laksana sistem tol tanpa palang

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Kerajaan komited melaksanakan sistem kutipan tol tanpa palang atau Multi-Lane Fast Flow (MLFF), meskipun perjanjian pelantikan antara kerajaan dan syarikat pencadang telah ditamatkan pada 16 Disember tahun lalu.

Ke arah itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Kementerian Kerja Raya telah membentangkan kertas Jemaah Menteri pada 25 Julai lalu, bagi mendapatkan hala tuju baharu pelaksanaan MLFF.

Ini bagi membuka peluang kepada syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan berbincang secara terus dengan 33 syarikat konsesi lebuh raya bertol sedia ada melalui pendekatan "perniagaan ke perniagaan" (B2B).

"Hala tuju kedua iaitu Pelaksanaan MLFF tanpa melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
Sebagai contoh, syarikat konsesi PNB, Prolintas sedang melaksanakan projek percubaan "Proof of Concept" (POC) atau Pembuktian Konsep bagi sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di Plaza Tol Alam Impian, Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA).

"Percubaan ini dijalankan dengan kerjasama Touch ’n Go dan CIMB, di mana gantri dan peralatan berkaitan MLFF telah dipasang untuk menguji keberkesanan sistem tersebut sebelum pelaksanaan secara menyeluruh," katanya ketika menjawab soalan wakil Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa sama, Lembaga Lebuhraya Malaysia turut giat memantau prestasi lorong RFID sedia ada, manakala Usaha Penalaan (fine-tuning) lorong RFID dilaksanakan dengan lebih kerap oleh syarikat pengendali lebuhraya dalam memastikan prestasi sistem terus dipertingkat.

Selain, turut memperkenalkan Sistem Pembayaran Terbuka di beberapa plaza tol yang membolehkan pengguna membuat bayaran menggunakan pelbagai kaedah, sekali gus dalam membantu mempertingkatkan kelancaran aliran trafik.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN