fb fb fb fb fb

Banjir di Melaka pulih, dua PPS di tutup

(FOTO FAIL)

MELAKA, 26 Oktober - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan Balai Raya Gadek di Alor Gajah yang menempatkan mangsa banjir di negeri ini ditutup kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

(FOTO FAIL)

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan seramai 36 mangsa dari dua PPS yang ditempatkan hingga pukul 8 pagi tadi telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Kesemua mereka yang ditempatkan di PPS sebelum ini ialah penduduk dari Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau.

Media Baharu