KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Reformasi sistem pendidikan menjadi tumpuan pada hari kedua sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.
Antara cadangan yang dibangkitkan Ahli Parlimen termasuk penggubalan dasar baharu serta pengukuhan struktur pendidikan sedia ada bagi tempoh lima tahun akan datang.
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail, berkata penggubalan akta khas bagi pendidikan prasekolah perlu bagi menyelaraskan sistem pendidikan awal kanak-kanak.
"Kementerian Pendidikan perlu meneliti semula struktur sedia ada agar pelaksanaan prasekolah dapat diselaras secara sistematik dan menyeluruh di bawah satu kerangka undang-undang,
Kita ada agensi lain yang melaksanakan pendidikan prasekolah seperti KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat), ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan banyak lagi yang kadang-kadang NGO ini didaftarkan tanpa kawalan,” katanya di Dewan Rakyat.