fb fb fb fb fb

KPM perlu pendekatan baharu tangani isu buli di sekolah berasrama

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan kebimbangan terhadap insiden buli di negara ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Kementerian Pendidikan perlu mengambil pendekatan baharu dalam menangani isu buli yang semakin berleluasa terutama sekolah berasrama.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata insiden buli bukan sahaja mengancam keselamatan pelajar, malah menimbulkan trauma kepada ibu bapa.

"Sama ada sekolah agama, vokasional atau kebangsaan, masalah masih ada mereka datang untuk mendapat ilmu pengajaran tetapi di sekolah, anak mereka dibunuh,

KPM perlu melihat pendekatan baharu bagaimana mengatasi masalah ini, sehingga hari ini kalau di Sabah, banyak ibu bapa sudah fobia tidak mahu hantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama," katanya pada sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Pada sidang sama, beberapa Ahli Parlimen turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 16 Julai lepas, yang dikaitkan dengan gejala buli. ##

TUN JULIA MOHD TAHIR