fb fb fb fb fb

YDP Agong, Raja Permaisuri selamat tiba di Singapura untuk lawatan negara

SINGAPURA, 25 Oktober -Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada pukul 10:50 pagi untuk lawatan negara selama empat hari ke Singapura.

Lawatan itu bagi memenuhi undangan Presiden Singapura, Halimah Yacob.

(Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah turut dipersembah jambangan bunga daripada isteri
Menteri Pendidikan Singapura, Cherie Chan sebagai mengalu-alukan
keberangkatan tiba baginda berdua)

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua disambut Menteri Pendidikan Singapura, Chan Chun Sing, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.

Baginda berdua yang berlepas dari Kompleks Bunga Raya, KLIA pagi tadi diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Turut berangkat, anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah turut dipersembah jambangan bunga daripada isteri Menteri Pendidikan Singapura, Cherie Chan sebagai mengalu-alukan keberangkatan tiba baginda berdua.

Pada sebelah petang, Seri Paduka Baginda berdua dijadual melawat Asian Civilisations Museum dan Edible Garden City.

Lawatan Negara itu mencerminkan hubungan dua hala yang rapat dan istimewa di antara Malaysia dengan Singapura yang bermula sejak 57 tahun lalu.

Media Baharu