fb fb fb fb fb

PM ucap takziah kepada Azalina

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Timbalan Ketua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said atas pemergian ibunya, Datin Salmah Sheikh Ahmad.

"Kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

"Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Azalina dan keluarga atas kehilangan ibu tercinta", katanya menerusi catatan di laman sosial facebook.

"Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi tadi.


(Foto FB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Media Baharu