fb fb fb fb fb

Banyak sumbangan Ross Ariffin kepada industri muzik tempatan - Fahmi

Allahyarham Roslan Ariffin Jamil atau lebih dikenali sebagai Ross Ariffin (kiri) dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa dukacita atas pemergian komposer dan komposer terkenal tanah air era 1990-an, Roslan Ariffin Jamil atau lebih dikenali sebagai Ross Ariffin, yang meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Beliau menerima berita pemergian allahyarham daripada pihak Rumah Seri Kenangan Cheras, tempat beliau menetap sejak November tahun lalu.

"Uncle Ross merupakan seorang komposer yang telah banyak menyumbang kepada industri muzik tempatan.

"Beliau berdepan dengan kehidupan yang mencabar, namun tetap tabah meneruskan perjalanan sebagai anak seni. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," menurut hantaran itu.

Fahmi turut berkongsi bahawa beliau pernah beberapa kali bertemu dengan allahyarham, yang disifatkannya sebagai seorang yang tabah meskipun berdepan pelbagai dugaan dalam kehidupan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 petang pada Sabtu dan jenazah dijangka akan dikebumikan pagi Ahad.

Allahyarham Ross Ariffin pernah mencipta lagu untuk beberapa artis popular tanah air, antaranya Datuk Aishah (Kemaafan Dendam Yang Terindah), Fauziah Latiff (Dia), Ning Baizura (Kau dan Aku) dan Jaclyn Victor (Ceritera Cinta).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI