fb fb fb fb fb

PRU15: 58,227 pegawai dan aggota Polis bertugas pada hari pengundian

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Seramai 58,227 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah tersebut dilihat mencukupi bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dengan menempatkan seorang anggota bagi setiap saluran mengundi.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

"Sewaktu mengundi awal, seramai 5,661 anggota akan dikerahkan. Yang kedua sewaktu penamaan calon, 31,183 pegawai dan anggota. Ketiga sewaktu pejumlahan undi 43,716 dan yang keempat sewaktu hari mengundi 58,227 pegawai... jadi mencukupi," katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat khas persediaan menghadapi PRU15 dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Tambah Ismail, bagi persediaan menghadapi banjir, anggota polis bersedia untuk digerakkan bersama badan berunifiorm yang lain seperti Bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam dan RELA melibatkan keseluruhan 69,235 anggota dan pegawai badan beruniform.

Katanya, jumlah tersebut boleh ditambah terutama jika berlaku kejadian banjir luar biasa.

Media Baharu