fb fb fb fb fb

Hari mengundi Sabtu, bolehkan rakyat tunaikan tanggungjawab

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Pemilihan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada hari Sabtu dibuat bagi membolehkan rakyat keluar mengundi.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari Sabtu merupakan hari cuti bagi semua negeri dan rakyat boleh menunaikan tanggungjawab mereka tanpa sebarang masalah.

"Hari mengundi hari Sabtu, jadi ramai yang tuduh kerajaan hendak buat alasan konon-kononya supaya orang tidak balik mengundi hari bekerja. Ini tidak betul. Kita telah tetapkan mengundi hari Sabtu.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

"Kita beri kebebasan sepenuhnya kepada rakyat kita untuk mengundi kerana itu hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Jadi kita bagi mereka mengundi hari sabtu", katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat khas persediaan menghadapi PRU15 dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

"Kalau kita buat hari Ahad, ada negeri yang bekerja hari Ahad, kalau kita buat hari Jumaat ada negeri bekerja hari Jumaat tapi Sabtu semua cuti, sebab itu kita pilih hari Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh mengundi bagi PRU15 adalah pada 19 November iaitu pada hari Sabtu.

Media Baharu