fb fb fb fb fb

Penguatkuasaan di lorong tikus di selatan Thailand diperketat, bendung jenayah rentas sempadan

(FOTO HIASAN)

TANAH MERAH, 25 Oktober - Penguatkuasaan serta rondaan di lorong-lorong tikus di selatan Thailand diperketatkan bagi membendung sindiket penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Timbalan Gabenor Wilayah Narathiwat, Fatimah Sabeeyamu berkata rondaan pihak berkuasa dan agensi keselamatan sentiasa dipertingkatkan bagi memastikan aktiviti jenayah sempadan dapat dikurangkan.

(Timbalan Gabenor Wilayah Narathiwat, Fatimah Sabeeyamu)

"Tidak dinafikan, Waeng dan Sungai Golok menjadi laluan utama penyeludup yang menggunakan lorong-lorong tikus bagi mengelak mereka ditahan selain aktiviti yang dilakukan itu juga tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa.

"Kami akan sentiasa meningkatkan lagi rondaan penguatkuasaan dan pemeriksaan serta melakukan tangkapan dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan antara Thailand dan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, di sini.

Tambah Fatimah, satu kerjasama juga diharap dapat dijalinkan antara Malaysia dan Thailand bagi menambah baik pembangunan di sempadan Bukit Bunga dan Bukita, di Bandar Waeng, Narathiwat.

Media Baharu