GOPENG, 25 Oktober- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat Negeri Perak 2022 di The Treasure@Taman Herba Gopeng.
Baginda diiringi Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim.
Turut berangkat, Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah serta Raja DiHilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat Negeri Perak 2022)
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam ucapannya berkata, penganjuran sambutan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan hutan.
Jelasnya hutan merupakan khazanah negara yang penting dalam menjamin kestabilan ekosistem dan berkait rapat dengan pembangunan sosio-ekonomi negara serta perlu diurus dengan baik.
Perak menyasarkan penanaman 10 juta pokok atau dua juta pokok setahun sepanjang lima tahun bermula 2021.
Dua Juta pokok telah ditanam tahun lalu, manakala sehingga September, 1.37 juta pokok ditanam melibatkan keluasan 5,026 hektar di seluruh negeri.