fb fb fb fb fb

Bomba siap siaga di pusat pengundian berisiko bencana sepanjang PRU15

ALOR SETAR, 25 Oktober- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan ditempatkan di pusat-pusat pengundian yang dikenal pasti berisiko berlaku bencana sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata, penugasan itu tidak akan menjejaskan kesiapsiagaan 12,500 anggotanya menghadapi banjir Monsun Timur Laut.

Katanya setakat ini cuaca tidak begitu kritikal untuk menempatkan anggota bomba di pusat pengundian yang berisiko.

"Kalau kita diperlukan untuk bersiap siaga di pusat tertentu atas permintaan, kita akan ambil tindakan.

Namun sudah ada ramalan cuaca, kami percaya hanya lokailiti tertentu sahaja yang mungkin kami letakkan pangkalan hadapan untuk mod paling tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Bicara Governans Integriti dan Antirasuah (BiGIAR) 2022 JBPM di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhari, di sini.

(Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid, Ketua Pengarah JBPM)

Forum dihadiri hampir 500 peserta daripada 49 agensi keselamatan dan penguatkuasaan.

Berdasarkan statistik, hanya dua kes rasuah dilaporkan pada tahun 2021.

Sementara itu sejak Januari lalu sehingga kini, tiada sebarang kes rasuah dilaporkan membabitkan pegawai dan anggota JBPM seluruh negara.

Media Baharu