KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni atas pemergian ayahandanya, Allahyarham Awang Sauni Pengiran Anis.
Beliau menerusi hantaran Facebook menyatakan rasa dukacita dan mendoakan agar roh Allahyarham dikurniakan keampunan serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
"Pemergian ini sudah pasti memberi kesan mendalam kepada keluarga. Saya turut bersedih dan mendoakan agar segala dosanya diampunkan serta dikurniakan tempat terbaik di sisi Allah SWT, insya-Allah," menurut hantaran itu.