fb fb fb fb fb

PLUS aktifkan lencongan di Persimpangan Bukit Gambir-Tangkak mulai 5 Ogos

FOTO PLUS Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan mengaktifkan lencongan jalan secara berperingkat di kilometer (KM) 166.79 hingga KM168.26 bagi kedua-dua arah di antara Persimpangan Bukit Gambir–Tangkak di Lebuhraya Utara–Selatan bermula dari 5 Ogos hingga 30 Disember 2025.

Menerusi hantaran di Facebook, PLUS memaklumkan lencongan jalan itu dibuat untuk kerja pembinaan jambatan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS semasa melalui kawasan kerja,” menurut hantaran itu.

Pengguna juga digalakkan merujuk aplikasi PLUS untuk maklumat trafik terkini dan menghubungi talian PLUSLine 1-800-88-0000 jika berlaku kecemasan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE