KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Angkatan Tentera Malaysia (ATM), akan menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC), antara Thailand dan Kemboja dari 4 hingga 7 Ogos 2025 di Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan, Markas ATM, Bahagian Risikan Dan Komunikasi Strategik Pertahanan memaklumkan, mesyuarat itu bertujuan menyelesaikan pertikaian sempadan antara kedua-dua negara.
Ia sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang telah dimeterai pada 28 Julai yang lalu.
Malaysia telah dipilih sebagai lokasi berkecuali secara bersama oleh Thailand dan Kemboja bagi penganjuran Mesyuarat GBC kali ini.
Terma Rujukan (TOR), bagi penugasan Atase Pertahanan sebagai pasukan interim serta penempatan Kumpulan Pemantau ASEAN akan menjadi antara agenda utama dalam mesyuarat tersebut.