fb fb fb fb fb

YDP Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diiringi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei dalam Majlis Santap Petang.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Oktober - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei dalam Majlis Santap Petang.

Seri Paduka Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba di Bandar Seri Begawan pada 11.25 pagi tadi untuk memulakan lawatan negara selama tiga hari hingga Selasa.

Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan.

Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam Majlis Santap Petang berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyertai sesi bergambar bersama warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei dan sempat beramah mesra serta bersalaman dengan diaspora Malaysia sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Kira-kira 25,000 komuniti Malaysia di Brunei melakar pencapaian dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi. 

Trainee2