ALOR SETAR, 13 Oktober - Seramai 2,312 penduduk terjejas banjir lima daerah di Kedah masih berlindung di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS)setakat 8.00 malam.
Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 2 ribu 438 orang siang tadi.
Manakala banjir di Sik telah pulih dan kesemua penduduk telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata,dua PPS di Sik ditutup pukul 1.30 tengah hari tadi.
Sementara di Baling, sebuah lagi PPS dibuka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Seng York, Kupang petang tadi menjadikan sembilan PPS dibuka di daerah itu yang menempatkan 642 penduduk terjejas.
Di Kota Setar, jumlah penduduk berlindung di lapan PPS kini 1,005 orang manakala hanya satu PPS masih beroperasi di Kubang Pasu iaitu SMK Indera Putra yang menempatkan seramai 91 penduduk.
PPS SK Tualang di Pokok Sena pula menempatkan seramai 71 penduduk; dan di Pendang, PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan SMK Pendang menempatkan seramai 503 penduduk.