fb fb fb fb fb

3,057 penduduk terjejas banjir di 6 negeri

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Seramai 3,057 penduduk daripada 925 keluarga masih terjejas akibat banjir di enam negeri.

Menurut Info Bencana JKM, sebanyak 38 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka setakat pada pukul 8.30 malam tadi.

Di Kedah, 2,279 penduduk daripada 706 keluarga terjejas oleh banjir, dengan semua penduduk ditempatkan di 23 PPS di negeri itu.

"Daerah yang terlibat termasuk Pendang (497 orang), Baling (590), Kota Setar (1,044 orang), Kubang Pasu (91 orang) dan Pokok Sena (57 orang)," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, di Perak, seramai 276 penduduk daripada 85 keluarga terjejas banjir, ditempatkan di tiga daerah.

Ia melibatkan daerah Kuala Kangsar (129 orang), Kerian (111 orang) dan Hulu Perak (36 orang).

Dalam pada itu, di Sarawak, hanya satu PPS dibuka setakat ini, iaitu di Dewan Masyarakat Roban, menempatkan 105 penduduk daripada 26 keluarga.

Di Johor, 201 penduduk daripada 63 keluarga terjejas, ditempatkan di empat PPS negeri itu.

Penduduk yang terjejas dari daerah Kulai, Kluang dan Batu Pahat.

"Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut menempatkan 17 penduduk terjejas banjr, SK Seri Kampung Rengam (62 orang), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Layang (39) dan Dewanraya Kampung Murni Jaya (83)," menurut Info Bencana JKM.

Di Pahang, 66 penduduk daripada 18 keluarga terjejas banjir, ditempatkan di dua PPS negeri itu.

PPS SK Lanchang menempatkan 36 penduduk terjejas banjir daripada 12 keluarga.

PPS Balairaya Mempateh pula menempatkan 30 penduduk terjejas banjir daripada enam keluarga.

Di Selangor, hanya satu PPS dibuka di negeri itu setakat ini.

Ia membabitkan PPS SK Sungai Serai yang menempatkan 49 penduduk daripada 12 keluarga.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM