
KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tiga ketua perwakilan Malaysia ke luar negara.
- John K. Samuel dilantik Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada; Shaiful Anuar Mohammad Duta Besar ke Belgium; Datuk Wan Aznainizam Yusri Duta Besar ke Iran.
- Istiadat di Singgahsana Kecil, Istana Negara menerima watikah pelantikan daripada 18 ketua perwakilan asing.
- Daripada 18 itu, 13 ketua perwakilan akan bermastautin di Malaysia manakala lima lagi tidak bermastautin.
- Ketua perwakilan tidak bermastautin berpangkalan di Beijing, New Delhi, Valletta dan Jakarta; negara termasuk Republik Dominika, Guyana, Malta, Hellenic, Cyprus.
Mereka terdiri daripada John K. Samuel sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, Shaiful Anuar Mohammad sebagai Duta Besar Malaysia ke Belgium dan Datuk Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid sebagai Duta Besar Malaysia ke Iran.
Pada istiadat di Singgahsana Kecil, Istana Negara, Sultan Ibrahim Baginda turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia.
Daripada jumlah itu, 13 akan bermastautin di Malaysia, manakala lima lagi tidak bermastautin di negara ini.
Antara ketua perwakilan yang akan bermastautin di Malaysia ialah Sergio Farré Salvá dari Sepanyol, Christine Hoebes (Namibia), Peter Huyghebaert (Belgium), Maud Yvelwa Dlomo (Afrika Selatan) serta Khazar Nadir oglu Farhadov (Azerbaijan).
Ketua perwakilan yang lain termasuklah Adnan Mhalhal Azara Al Majoon (Iraq), Somnath Ghosh (India), Michel Léon Hans Deelen (Belanda), Hatem Bin Hilal Bin Ali Al Yaqoubi (Oman) dan Chum Angvichet (Kemboja).
Selain itu, Malik Kenesbayuly Murzalin (Kazakhstan), Pham Thi Thuy Nga (Vietnam) dan Mejar Jeneral Mbaraka Naziad Mkeremy (Tanzania).
Lima ketua perwakilan asing yang tidak bermastautin di Malaysia pula ialah José Julio Gómez Beato dari Republik Dominika, Dharmkumar Seeraj (Guyana), Maria Camilleri (Malta), Dimitrios Michalopoulos (Republik Hellenic) dan Nicholas Panayiotou (Cyprus).
Mereka masing-masing berpangkalan di Beijing, New Delhi, Valletta dan Jakarta.