KUALA LUMPUR, 6 Jun– Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini telah dipersembahkan taklimat mengenai pelaksanaan serta perkembangan projek tebatan banjir di Johor.
Menerusi perkongsian di Facebook, taklimat tersebut turut merangkumi tahap kesiapsiagaan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir di negeri berkenaan.
Perkara tersebut dipersembahkan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, Ir Azren Khalil pada pertemuan bersama Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda sentiasa prihatin dan mengikuti rapat perkembangan serta isu-isu penting yang melibatkan Johor.