fb fb fb fb fb

Had parkir 2 jam dicadang di Taman Ungku Tun Aminah

Foto FB Marina Binti Ibrahim

JOHOR BAHRU, 6 Jun- Dua jalan di kawasan Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru, dicadangkan untuk diwartakan sebagai lokasi pelaksanaan parkir dengan had masa dua jam.

Ia bagi membendung isu kereta pekerja di Singapura memenuhi ruang parkir awam.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Skudai,  Marina Ibrahim berkata pewartaan itu melibatkan peralihan sistem parkir kupon kepada sistem dalam talian yang sedang dilaksanakan secara berperingkat.

"Tiga lokasi juga dikenal pasti bagi cadangan membina tapak parkir bertingkat khusus kepada warganegara yang bekerja di Singapura," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Sebelum ini, terdapat beberapa lokasi terjejas disebabkan pekerja di Singapura yang meletakkan kenderaan melebihi masa dan berhampiran kawasan perniagaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM