fb fb fb fb fb

Negara stabil beri keyakinan Malaysia lantang suarakan isu global

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berucap pada Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di Putrajaya/foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 24 Julai - Kestabilan negara dan ekonomi yang kukuh memberi keyakinan kepada Malaysia untuk menyatakan pendirian secara terbuka di pentas antarabangsa mengenai isu global termasuk isu Palestin. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan perpaduan rakyat ketika ini, negara mampu mewakili dan mempromosi sentimen keamanan bagi memastikan kebebasan negara tersebut. 

"Ini soal nilai, adab dan kemanusiaaan benci dengan kezaliman, benci dengan salah guna kuasa. Kita kena pelajari ini semuanya. Saudara ingat boleh saya bercakap tentang hal ini dengan tegas, berani menyinggung sampai kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump? Kalau saya tidak yakin dengan kekuatan negara kita, politik kita stabil, ekonomi kukuh sebab itu kita boleh cakap.

"Sekiranya kita berpecah belah, berperang terus dalam kalangan kaum, politik, ini tidak boleh kerana saya tidak mewakili sentimen itu," tegas Datuk Seri Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI