fb fb fb fb fb

YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikan.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan kali ini membawa keceriaan, kemakmuran, kesejahteraan dan keafiatan yang berpanjangan kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.

"Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan perayaan kaum Cina sebegini akan terus mengukuhkan dan mengeratkan lagi perpaduan, semangat muhibah dan toleransi sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Istana Negara.

Rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada esok.


(Foto Fail)

Media Baharu