fb fb fb fb fb

Perbincangan tidak rasmi antara PH, UMNO berkenaan PRN

KUALA TERENGGANU, 21 Januari- Pakatan Harapan (PH) memulakan perbincangan tidak rasmi dengan Barisan Nasional (BN) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Perbincangan kerjasama itu turut merangkumi agihan kerusi dan lambang parti yang akan digunakan.

Timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun tarikh perbincangan rasmi melibatkan pemimpin pusat parti itu masih belum diputuskan.

PRN di enam negeri dijangka diadakan sebelum Mei depan.

"Di Terengganu, saya tahu Pengerusi Majlis Pimpinan Terengganu Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad sudah berjumpa dengan Pengerusi UMNO Ahmad Said. Kita masih lagi nak menetapkan parameter," katanya dalam sidang media di sini.

Terdahulu beliau dalam ucapannya semasa Konvensyen Pilihan Raya Negeri Terengganu 2023 di Kuala Terengganu berkata PKR akan mempergiat program mendekati rakyat dengan pelbagai aktiviti selain membina keupayaan ekonomi.


(Rafizi Ramli)


Media Baharu