KUALA LUMPUR, 11 November - Nilai ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ringgit terus mengukuh kepada RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata ukuran tersebut bukan ditentukan oleh kerajaan, sebaliknya oleh badan penarafan kredit.
"Ringgit yang dulu kita diserang bertubi-tubi, ringgit jatuh, sekarang bila ringgit mengukuh tidak sebut sepatah pun...ini masalahnya.
"Jadi sekarang ini, hari ini RM4.16 ketimbang satu dolar AS, mata wang berprestasi terbaik di Asia katanya", ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Katanya, S&P Global Ratings dan Moody’s Rating mengekalkan penarafan kredit berdaulat negara pada A- dan A3, yang membawa makna prospek yang stabil dan kukuh.
Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung bagaimana kerajaan mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI selepas tempoh 18 hingga 24 bulan.