fb fb fb fb fb

Perbincangan akan diadakan selaras projek naik taraf infrastruktur asas di Sarawak

KUCHING, 21 Januari- Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan mengadakan satu perbincangan untuk menyelaras projek menaik taraf infrastruktur asas di Sarawak.

Kerja naik taraf Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu perlu berikutan pembangunan Ibu Kota Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, "Premier juga telah menyuarakan ICQS Tebedu perlu dipertingkatkan sebab ICQ Indonesia sudah siap.

"Jalan yang menghubungkan Tebedu-Serian salah satu fokus yang saya akan bawa untuk dinaik taraf," katanya selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina Komuniti Sungai Tengah di Kuching.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan awal RM1 bilion bagi membangunkan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan pada Jumaat.

Ia susulan perbincangan beliau dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini.

(Fadillah Yusof)

Media Baharu