fb fb fb fb fb

YDP Agong berkenan terima watikah pelantikan lapan ketua perwakilan asing

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 April- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima watikah pelantikan lapan ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan oleh ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia ini berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Ketua perwakilan asing berkenaan masing-masing, Duta Besar Cuba, Yadira Ledesma Hernandez, Duta Besar Georgia, Irakli Asashvili, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, Ajay Sharma dan Aloys Bizindavyi (Burundi).

Sultan Ibrahim turut menerima watikah pelantikan daripada Mait Martinson (Estonia), Mario José Armengol Campos (Nicaragua), Marie Claire Mukasine (Rwanda) dan Allan Joseph Chintedza (Malawi).

Hadir sama pada istiadat berkenaan, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM