KANGAR, 27 November - Kira-kira 2,000 ribu pek makanan disediakan untuk penduduk terjejas banjir di sekitar DUN Indera Kayangan setiap hari.
Pek makanan berkenaan disediakan oleh JPKKP, Kawasan Rukun Tetangga dan Persatuan penduduk secara bergotong royong di tiga lokasi iaitu Taman Kemajuan, Tokong Sayur Kangar dan Kampung Guar Syed Alwi.
Menurut ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling, pek makanan berkenaan kemudiannya akan diagihkan kepada para penduduk terjejas banjir yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Selain itu, agihan makanan juga tertumpu kepada golongan uzur dan pesakit terlantar di rumah susulan premis makanan yang kebanyakannya ditutup ketika ini.
"Anggaran lebih kurang kalau yang terjejas itu peratusannya mungkin mencecah 80 peratus atau pun 85 peratus. Memang ramai yang terjejas. Sebab kalau kita tengok kawasan perumahan yang terbesar, Taman Kemajuan, Taman Hijrah, Taman Perlis dan juga Taman Bukit Kaya, juga terperangkap ramai di situ.
"kawasan kampung khususnya Kampung Behor Gandil, Kampung Guar Syed Alwi, Kampung Bakau dan sebagainya memang ramai terlibat", katanya demikian ketika meninjau penyediaan pek bantuan makanan di Taman Kemajuan, disini.
Selain itu, Ay Ling turut mengalu-alukan individu atau pertubuhan bukan kerajaan untuk tampil menyalurkan sumbangan berupa barang mentah untuk dimasak dan diagihkan kepada penduduk yang terjejas banjir.
Beliau turut meluangkan masa melawat PPS Sekolah Kebangsaan Putra dalam DUN Indera Kayangan yang kini menempatkan seramai 440 orang mewakili 140 keluarga