fb fb fb fb fb

YDP Agong berkenan terima kunjungan Jokowi ke Istana Negara

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi di Istana Negara sempena lawatan khas pemimpin itu ke Malaysia.

Beliau yang tiba pada pukul 3.35 petang diiringi isteri Presiden Indonesia, Iriana Joko Widodo dan Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi bagi menghadiri majlis santapan petang bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Turut berangkat ke sesi menghadap itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut hadir, menghadap Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zamby Abdul Kadir.

Jokowi tiba di Malaysia bagi memulakan lawatan kerja dua hari semalam atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan lawatan rasmi pemimpin Malaysia itu ke republik berkenaan pada Januari lepas.


(Ketibaan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri di Istana Negara disambut oleh YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong)

Media Baharu