fb fb fb fb fb

SKMM, PDRM siasat tindakan biadab pelawak komedi berdiri

(Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media sempena Perhimpunan
Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Tindakan biadab seorang pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri (standup comedy) di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan tindakan selanjutnya.

"Terutamanya SMM dan juga pihak PDRM untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan dengan menyerahkan perkara ini kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengambil langkah-langkah selanjutnya," kata beliau yang juga Presiden UMNO dalam sidang media selepas melawat Laman Media bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini.

Semalam, tular video Chia ketika membuat persembahan komedi berdiri bertajuk 'Singapore vs Malaysia', memperlekehkan tragedi kehilangan pesawat MH370 selain membuat kenyataan jelik tentang Malaysia.

Tindakan itu mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Kerajaan Singapura telah memohon maaf selain menegaskan kenyataan Chia tidak sama sekali mencerminkan pandangan Republik itu selain memaklumkan wanita itu bukan lagi warganegara Singapura.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata SKMM, PDRM siasat tindakan biadab pelawak komedi
berdiri)

Media Baharu