Johor perkukuh pasukan hadapi Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026

Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-42 (2026) akan berlangsung dari 9 Mei hingga 28 Jun ini.

KUALA LUMPUR, 5 April – Pasukan ragbi Johor kini giat memperkemaskan persiapan menjelang Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026 dengan misi menebus kekecewaan edisi tahun selepas hanya bergelar naib juara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perancangan dimulakan lebih awal, pemilihan pemain selesai dan pasukan kini menjalani fasa latihan intensif.
  • Johor diundi dalam Kumpulan B bersama Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah dan ATM; Putrajaya dianggap pencabar utama.
  • Misi utama bukan hanya kejuaraan tetapi merakyatkan ragbi Johor, memperkukuh DNA pasukan dan membina bakat dari sekolah hingga profesional.

Pengurus pasukan, T S Mohd Faizal Hassan berkata, perancangan telah dimulakan lebih awal menerusi proses pemilihan pemain sebelum pasukan kini menjalani fasa latihan secara intensif.

Beliau bagaimanapun mengakui cabaran hebat bakal dihadapi daripada pasukan lain.

Pengurus pasukan ragbi Johor, T S Mohd Faizal Hassan.

“Semua pasukan yang bertanding kuat dan ada perancangan strategi serta taktikal yang baharu. Masing-masing mahu merebut kejuaraan.

“Bukan hanya Johor sahaja yang mengimpikannya, tetapi semua negeri yang bertanding mempunyai harapan sama,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Undian dan Taklimat Pengurus Pasukan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026.

Johor diundi dalam Kumpulan B bersama Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Johor diundi dalam Kumpulan B bersama Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah dan ATM.

Menurutnya, Putrajaya dilihat antara pencabar utama berdasarkan kelebihan dari segi struktur pasukan.

Johor kali terakhir menjulang Piala Agong adalah pada edisi 2017.

Johor memberi fokus dalam usaha merakyatkan sukan ragbi.

Sementara itu, beliau menegaskan misi utama bukan sekadar merebut kejuaraan, tetapi usaha merakyatkan sukan ragbi khususnya dalam kalangan warga Johor.

“Fokus utama kami adalah membina masa depan dengan memperkukuh DNA pasukan ragbi Johor serta merakyatkan sukan ini di semua peringkat, dari sekolah hingga profesional, bagi menarik lebih ramai minat dan melahirkan bakat baharu,” katanya.