fb fb fb fb fb

YDP Agong berkenan ke Majlis Sambutan Aidilfitri MBK

KUANTAN, 29 April- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), malam tadi.

Baginda berangkat tiba di Kompleks Bandaraya Kuantan pada pukul 8.40 malam, diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Usai majlis santapan, baginda berdua berkesempatan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir sebelum berangkat pulang.

Pada majlis itu, baginda berdua beramah mesra bersama 3,000 orang tetamu yang hadir selain turut mengambil gambar kenang-kenangan bersama barisan kepimpinan negeri Pahang yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin.

Dalam majlis itu juga, pelbagai juadah istimewa hari raya disajikan kepada tetamu yang hadir antaranya lemang, ketupat, rendang, rusa dan kambing golek serta manisan tradisi negeri Pahang iaitu puding raja.


(Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengurniakan duit raya kepada
kanak-kanak yang hadir)

Media Baharu