fb fb fb fb fb

Rumah Terbuka Malaysia Madani: Persiapan akhir giat dijalankan

(FOTO RTM)

Alor Setar 28 April- Persiapan akhir bagi penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani di Hotel Raia ,Alor Setar Kedah esok giat dijalankan.

Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri Wan Azilawati Wan Mahmood berkata persiapan berjalan lancar dan dijangka menarik kunjungan orang ramai dari negeri jiran seperti Perlis,Pulau Pinang dan Perak .

Katanya dalam satu kenyataan, kemudahan yang disediakan mampu menampung kehadiran kira-kira 25,000 pengunjung.

Majlis berlangsung di Grand Ballroom Hotel Raia yang mampu menampung kapasiti seramai 2,000 orang termasuk tetamu kenamaan.

Selain itu, sebanyak 5 buah khemah yang dilengkapi skrin besar turut disediakan buat pengunjung.

Manakala lebih 30 khemah "Arabian" untuk 3,000 pengunjung duduk menikmati juadah disediakan .

15 stesen makanan disediakan penganjur bagi hidangan Aidilfitri merangkumi warung tradisi, warung bihun sup, warung kawah dan makanan barat.

Bagi memastikan kelancaran majlis dan keselamatan pengunjung, pasukan keselamatan dan agensi berkaitan seperti Polis, RELA, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut disediakan.

Bagi memudahkan orang ramai, pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pengunjung.

Para pengunjung boleh menaiki lebih 25 bas yang disediakan di beberapa laluan yang disediakan seperti di Stadium Darul Aman, Stadium Sultan Abdul Halim, Tapak Parkir Kolej Tentera Udara Kepala Batas dan Taman Mahsuri, Alor Setar.

Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah akan berlangsung dari pukul 11 pagi hingga pukul 2 petang.

Persiapan penganjuran melibatkan tuan rumah Kerajaan Negeri Kedah selaku tuan rumah, manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai Kementerian peneraju , danĀ  dibantu oleh semua agensi- agensi yang terlibat.


(PersiapanĀ Rumah Terbuka Malaysia Madani/FOTO RTM)

Media Baharu