fb fb fb fb fb

Isu arah kiblat, jaga imej Islam - Sultan Selangor

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 April- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengambil serius isu penentuan arah kiblat yang diterbitkan sebuah akhbar perdana dan tular di media sosial baru-baru ini.

Baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk memberi penjelasan berhubung ketetapan penentuan arah kiblat khususnya melibatkan masjid dan surau di seluruh negeri itu.

MAIS dalam satu kenyataan menegaskan bahawa laporan akhbar tersebut hanya merujuk kepada penentuan arah kiblat rumah kediaman sahaja berdasarkan permohonan perkhidmatan itu.

Laporan tersebut sama sekali tidak berkaitan dengan penentuan arah kiblat masjid dan surau di Negeri Selangor.

Tegas Pengerusi MAIS, Tan Seri Abdul Aziz Mohd Yusof arah kiblat masjid dan surau sedia ada di Negeri Selangor telah disemak dan diperakukan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Dengan penjelasan itu, baginda menyeru agar mana-mana pihak termasuk pihak media tidak membuat laporan yang kurang tepat sehingga menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat sekali gus boleh mencalarkan imej agama lslam.


(Foto Hiasan)

Media Baharu