fb fb fb fb fb

Himpunan Madani Kedah 2023, PM sasar bangunkan semula negara

Foto FB PM

ALOR SETAR, 29 April- Lebih 3,000 orang membanjiri Dataran Stargate, Alor Setar pada program Himpunan Madani Kedah 2023.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau tidak mahu menggunakan jawatannya untuk bermusuhan dengan sesiapa, sebaliknya berhasrat membangunkan semula negara dengan rakyat yang mempertahankan integriti.

"Saya nak tunjukkan di bawah pimpinan Islam, kita boleh tadbir dengan baik.

Saya harap anak muda di negara ini bawa juga perubahan ini, bukan dengan kebencian tetapi dengan kasih sayang," kata Anwar pada program berkenaan.

Datuk Seri Anwar turut menegaskan tidak akan bertolak ansur dalam usaha membersihkan negara daripada rasuah dan penyelewengan

Beliau turut menekankan kerajaan pimpinannya akan mentadbir negara dengan baik dan menegakkan keadilan bagi semua rakyat.

Himpunan MADANI itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri kabinet.

Terdahulu, beberapa pemimpin menyampaikan pidato menerangkan konsep Malaysia Madani.


(Foto FB PM)

Media Baharu